twitter
rss

TRAGEDI 2011





Tanggal 26 Januari 2011, jam 11.30 pagi, rumah ibubapaku telah terbakar akibat litar pintas. Tiada barang yang dapat diselamatkan kerana pada ketika itu ibuku berada di surau berhampiran untuk mengajar kanak-kanak mengaji dan bapaku keluar bekerja. Yang hanya berada di rumah adalah nenekku yang berusia 74 tahun yang tidak mampu untuk menyelamatkan harta walaupun sekeping i.c. Alhamdulillah ku panjatkan kepada Illahi kerana semua ahli keluargaku yang tinggal di rumah itu terselamat.

Adikku yang berusia 9 tahun yang menyedari akan rumah ibubapaku terbakar apabila ia pulang dari rumah kawannya untuk memulangkan buku latihan. Asap kelihatan keluar dari bumbung rumah tetapi tiada apinya. Pada ketika itulah adikku memanggil ibuku yang berada di surau dan ibu menyuruh adik memimpin nenekku keluar dari rumah. Ibuku cuba memadamkan api yang kecil itu dengan menggunakan air, tetapi malang api tersebut semakin membesar. Oleh yang demikian ibu melarikan diri dan cuba menolak kereta yang berada di bawah rumah dengan bantuan orang ramai. Bapaku cuba masuk ke rumah untuk menyelamatkan barang tetapi dihalang oleh orang ramai kerana pada ketika itu api mula marak.

Bomba cuba mengawal api tersebut dari marak kerana rumah ibubapaku ini berhampiran dengan pencawang TNB. Pihak bomba khuatir akan berlaku kebakaran yang lagi besar apabila melibatkan pencawang tersebut. Alhamdulillah dengan kuasa Allah pada ketika kejadian tiada angin yang bertiup dan tidak berlaku letupan gas kerana rumah ibubapaku ini menyimpan beberapa tong gas.

Selepas kejadian, keluargaku menumpang di rumah jiran yang kebetulan kosong kerana bertugas di negeri lain. Keluargaku menumpang di rumah tersebut selama 6 bulan sementara menanti rumah bantuan yang dipohon. Namun tiada bantuan rumah yang diterima. Ibubapaku membina juga rumah yang kecil atas sumbangan orang ramai semasa kejadian. Daripada sumbangan itulah keluargaku dapat tinggal di rumah sendiri walaupun kecil.







Nama            :   Siti Dalina Binti Ahmad
No Matrik     :   D20102042846
Opsyen          :   Matematik & Pendidikan Seni Visual
Kumpulan      :   EL-B17 dan EL-B18







Assalamualaikum...
     Inilah keluarga mama yang mama sayangi. Terima kasih mama ucapan kepada suami dan anak-anak yang amat memahami mama ketika ini yang sibuk untuk membuat assigment, tuntutan kerja sebagai seorang guru, ibu serta isteri untuk keluarga ini.
     Terima kasih untuk suami tercinta yang sanggup membantu menguruskan anak-anak dan rumahtangga dalam meringankan tugas mama.
     Untuk anak-anak mama, jadilah insan yang berguna pada masa depan yang menghormati kedua ibubapa mu serta orang tua.


Followers